ICT DALAM PENDDIDIKAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin untuk menyebarkan dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru.

Tuesday 14 June 2011

ICT DALAM PENDIDIKAN

SINOPSIS
Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek computer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan kea rah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

3 comments:

  1. salam..penggunaan ICT dalam pendidikan amatlah penting bagi menarik minat pelajar untuk berjaya dalam pelajaran.Guru semestinya menguasai teknologi ini selari dengan kemajuan global tanpa sempadan

    ReplyDelete
  2. Pengajaran berbantukan ICT dalam dunia globalisasi sememangnya amat releven jika dapat diaplikasikan oleh guru di dalam kelas.Isi pengajarannya pula terpulang atas kreativiti guru untuk merencanakannya. Yang penting objektif pengajaran dapat dicapai.

    ReplyDelete
  3. ICT dalam pendidikan, dengan gabungan kepelbagaian teknik pengajaran serta kecanggihan ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru,akan menjadikan p&p lebih mudah dan berkesan.

    ReplyDelete