ICT DALAM PENDDIDIKAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin untuk menyebarkan dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru.

Wednesday 13 July 2011

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN

http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf
SINOPSIS JURNAL
Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik itu menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Pihak KPM juga telah membuat beberapa perubahan kurikulum dengan tujuan menerapkan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan ini maka wujudlah sekolah bestari pada tahun 1999
yang berpandukan penggunaan ICT dalam urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu satu kajian telah dirancang untuk mengesan sejauh mana pencapaian keatas pembelajaran berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

2 comments:

  1. jika kena caranya,pengajaran melalui ict sangat menyeronokkan.

    ReplyDelete
  2. pengajaran berbantukan ict memang berguna untuk menambahkan pengetahuan murid terutama untuk mencapai wawasan 2020

    ReplyDelete