ICT DALAM PENDDIDIKAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin untuk menyebarkan dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru.

Thursday 14 July 2011

CARA- CARA BUAT BLOG


Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
    Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspotdan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
    1.    1.Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    2.Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    2.    3.Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

    Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

    Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis.

    5 comments:

    1. Tahniah.... suatu kelainan......

      ReplyDelete
    2. Setuju dengan cikgu Azlina. Lain daripada yang lain!

      ReplyDelete
    3. terima kasih kerana memberi komen membina

      ReplyDelete
    4. Kalau macam ini penerangan tentu ramai anak murid yang dapat membina blog nanti.

      ReplyDelete
    5. Macam susah nak buat blog. Bila dah buat rasa senang juga

      ReplyDelete